Berita

Petronas sahkan Mohd Anuar masih pegang jawatan sama



KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Petronas hari ini menjelaskan bahawa Datuk Mohd Anuar Taib masih kekal dengan jawatannya sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Huluan syarikat petroliam nasional tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata penjelasan itu sebagai menjawab laporan media tertentu yang mendakwa Mohd Anuar telah meninggalkan syarikat tersebut.

Sebaliknya, kata Petronas, Mohd Anuar hanya meletak jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah salah satu satu anak syarikat, Petronas Gas Berhad pada 28 Jun lepas.

"Atas kapasiti secara bebas, Petronas Gas Berhad yang juga subsidiari Petronas pada 28 Jun, 2019 dan mematuhi Syarat Penyenaraian Pasaran Utama, telah memaklumkan Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Mohd Anuar sebagai Pengerusi Petronas Gas Berhad, berkuat kuasa 1 Julai, 2019, seiring dengan usaha penyusunan semula dalaman Petronas yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 28 Feb, 2019,” kata kenyataan itu.

Berikutan langkah itu, Petronas Gas Berhad kini diterajui oleh Adif Zulkifli yang menyandang tugas sebagai Naib Presiden Eksekutif dan CEO Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]