BINTULU, 29 Jun (Bernama) -- Kementerian Industri Utama berharap pelaksanaan program biodiesel B10 di sektor pengangkutan dan B7 di sektor industri dapat dilakukan dengan serius di Sarawak.
Menterinya Teresa Kok berkata, ini akan dapat meningkatkan lagi penggunaan minyak sawit di negara ini lantas meningkatkan lagi harga komoditi itu ke paras yang lebih baik pada masa akan datang.
Ini memandangkan negeri itu pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini di mana pemainnya bukan sahaja syarikat-syarikat besar bahkan pekebun-pekebun kecil di kawasan pedalaman.
"Ramai penduduk Sarawak menggunakan lori dan kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan diesel. Kami berharap dengan penggunaan B10 untuk pengangkutan dan B7 untuk industri, ia boleh menambah penggunaan minyak sawit di negara ini khususnya di Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelaksanaan Program B7 untuk Sektor Industri dan Seminar Pelaksanaan Program B7 Untuk Sektor Industri di Auditorium Lembaga Pelabuhan Bintuku di sini hari ini.
Menurut beliau, bagi meningkat lagi keyakinan negara luar terhadap produk minyak sawit, penggunaan minyak sawit itu perlu ditingkat di kalangan rakyat di negara ini sendiri terlebih dahulu.
Pihak industri katanya, perlu mempunyai keyakinan terhadap biodiesel B7 dan menggunakannya di dalam operasi mereka.
Mengambil contoh, beliau memberitahu pihak Indonesia telah melaksanakan program B20 untuk sektor bersubsidi sejak Januari 2016 dan memperluaskannya ke sektor industri bermula Oktober tahun lalu.
"Sehingga kini, tiada masalah teknikal dilaporkan dan Indonesia kini menuju ke arah penggunaan B30 pada tahun ini," katanya.
Perlaksanaan program biodiesel B10 di sektor pengangkutan dan B7 di sektor industri dijangka akan menggunakan 760,000 tan biodiesel sawit setahun.
Penggunaan biodiesel B7 di sektor industri akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas hijau (GHG) sebanyak 681,000 tan karbon dioksida setara setahun dengan menggunakan 227,000 tan minyak sawit setahun, tambahnya.
B10 dilaksanakan secara mandatori pada Feb lalu manakala B7 akan mula dilaksanakan secara mandatori bulan depan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]