Berita

TNB peroleh kelulusan kerajaan teruskan ICPT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kerajaan, menerusi surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), memberi keluiusan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai, 2019 hingga 31 Dis, 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, bagaimanapun, tarif asas purata semasa akan kekal tidak berubah pada 39.45 sen per kilowatt jam (kWh) walaupun tanggungan kos bahan api dan penjanaan adalah lebih tinggi bagi tempoh 1 Jan, 2019 hingga 30 Jun, 2019.

Syarikat utiliti utama itu berkata kos tambahan atau kos tidak seimbang tersebut berjumlah RM1.592 billion, disebabkan terutama peningkatan harga arang batu purata kepada US$99.235/tan, berbanding unjuran harga arang batu yang ditetapkan dalam tarif asas bagi Tempoh Kawal Selia Kedua (RP2) mulai 2018 hingga 2020 pada US$75/tan, selain permintaan elektrik lebih tinggi.

Bagi mengurangkan kesan tambahan kos bahan api dan penjanaan sepanjang tempoh berkenaan, TNB berkata kerajaan telah meluluskan penggunaan Kumpulan Wang Industri Elektrik berjumlah RM107 juta.

Kerajaan juga meluluskan pelarasan perolehan TNB berdasarkan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif berjumlah RM336.7 juta, yang dipersetujui semasa penetapan tarif asas dalam RP2 mengikut rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif.

Justeru itu, TNB berkata baki kos tidak seimbang akan dilepaskan menerusi mekanisme ICPT berjumlah RM1.148 bilion.

Syarikat itu berkata tiada caj tambahan akan dikenakan ke atas pelanggan domestik manakala caj tambahan ICPT bagi pelanggan bukan domestik akan dikekalkan pada 2.55 sen/kWh bagi tempoh  1 Julai, 2019 hingga 31 Dis,  2019.

ICPT merupakan mekanisme yang diluluskan kerajaan dan dilaksanakan oleh ST sejak 1 Jan, 2014, sebagai sebahagian pembaharuan kawal selia lebih luas iaitu Kawal Selia Berasaskan Insentif.

Mekanisme ini membolehkan TNB menunjukkan perubahan kos bahan api dan penjanaan dalam tarif elektrik pengguna pada setiap enam bulan.

-- BERNAMA


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]