KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd dari Jepun dan Xiangyang CRRC Electric Machinery Co Ltd (anak syarikat CRRC Group) dari China menjalin kerjasama untuk menawarkan penyelesaian tenaga maju bagi industri kereta tenaga baharu.
Kerjasama itu yang diumumkan di ZhuZhou, Wilayah Hunan, China baru-baru ini akan bermula dengan projek menghasilkan dan menjual ‘in-wheel motor’ kepada pengeluar kereta oleh kedua-dua syarikat.
Kedua-dua syarikat tersebut akan mula menghasilkan ‘in-wheel motor’ menjelang 2020 dan beroperasi sepenuhnya, setahun kemudian.
Sistem ‘in-wheel motor’ berasaskan teknologi untuk melengkapkan setiap roda pemanduan dengan motor di dalamnya dan secara langsung mengawal badan kenderaan dan e-Gle mempunyai teknologi terkini untuk sistem tersebut.
China telah menjadi pasaran kenderaan elektrik yang terbesar di dunia, berikutan ia mempromosikan kenderaan tersebut secara aktif dengan subsidi untuk pengeluar kereta dan pengguna, antara langkah-langkah dasar yang lain.
Xiangyang CRRC Electric Machinery adalah pengeluar kereta api terbesar dunia yang berpangkalan di Hunan, China.
Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd merupakan anak syarikat e-Gle Co Ltd, berpangkalan di Kawasaki, Kanagawa Prefecture, Jepun.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]