Berita

Polyplastics bangun gred baharu DURACON POM bagi komponen sistem bahan api automatif 

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- The Polyplastics Group, peneraju global dalam pembangunan dan pengeluaran termoplastik kejuruteraan membangunkan gred baharu DURACON polyoxymethylene (POM) bagi pengeluaran komponen sistem bahan api automotif acuan suntikan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, gred tersebut memberikan aliran tinggi, ketegaran tinggi dan kebebasan reka bentuk sistem dan bahan-bahan baharunya melengkapkan portfolio utama DURACON POM Polyplastics, yang telah digunakan secara meluas.

Syarikat ini telah melancarkan secara komersil DURACON H140-54C, gred aliran tinggi/ketegaran tinggi dengan kadar aliran kecairan sekitar 14. Bahan ini sesuai dengan berbagai keadaan acuan dan digunakan di Eropah.

Ia juga mengumumkan gred POM pembangunan yang menyediakan ketahanan asid luar biasa. Dari segi sejarah, satu daripada batas POM adalah kelemahannya kepada asid kuat, tetapi bahan baharu ini memberikan penambahbaikan yang ketara.

Polyplastics juga telah membangunkan gred konduktif elektrik untuk digunakan dalam komponen yang melindungi bahan api daripada elektrik statik, ia boleh memberikan kekonduksian sementara di samping mengekalkan ciri-ciri prestasi utama POM, termasuk keupayaan aliran dan ketahanan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi https://www.polyplastics.com.

-- BERNAMA


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]