Berita

Kurang komitmen politik bagi agenda RE di Malaysia - Jomo



KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pakar ekonomi terkemuka Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan keperluan kepada komitmen politik untuk mendorong pelaksanaan segera agenda tenaga boleh baharu (RE) berikutan penguatkuasaan tenaga alternatif itu dilihat semakin ketinggalan. 

Jomo, yang juga Penasihat Kanan Khazanah Research Institute, berkata terdapat sumber RE untuk dipertimbangkan seperti panel solar fotovoltaik berikutan kos pelaksanaannya adalah murah. 

"Melihat kepada misalnya, panel solar fotovoltaik, biasanya paling murah.

"Saya fikir persetujuan umum adalah, ia bukan soal kos tetapi (terdapat) perubahan syarat yang lain. Ia benar-benar lebih kepada persoalan politik dan saya fikir peningkatan kebimbangan tersebut mungkin disebabkan oleh perubahan asas dalam perbincangan (misalnya, perubahan iklim) di kebanyakan tempat di dunia," katanya dalam perbincangan mengenai "A New World Order" di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada peserta mengenai kemungkinan pelaksanaan peraturan tenaga boleh baharu yang terkini. 

"Melihat kepada apa yang berlaku dalam (sektor) tenaga boleh baharu, ia telah berlaku. Persoalannya ialah sama ada pelaksanaannya akan dibuat di peringkat kerajaan, supra kerajaan atau kerajaan tempatan dan perbandaran, cuba untuk mempercepatkan seluruh peralihan tersebut. 

"Peralihan adalah berbeza di pelbagai tempat di dunia dan saya tidak fikir terdapat satu saiz yang sesuai untuk semua jenis penyelesaian yang kita bincangkan," kata Jomo, sambil menambah pembangunan kepada alternatif RE yang lain selain panel solar fotovoltaik dan turbin angin akan menjadi amat penting. 

Beliau berkata kejayaan besar dalam tenaga geoterma akan memberi manfaat terutamanya kepada lokasi yang aktif dari segi geoterma dan tenaga pasang surut bagi negara-negara dengan kawasan pantai. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jomo menggesa kepada komitmen kerajaan yang lebih tinggi untuk melaksanakan agenda biodiesel di negara ini berikutan kemajuan dalam sektor itu agak perlahan. 

Beliau berkata negara lain, terutamanya Eropah, berkembang dengan baik dalam melaksanakan biodiesel dalam sektor pengangkutan mereka. 

"Sejak 1980-an, kita telah berbincang mengenai biodiesel...bagaimanapun kita dilihat mencatat sedikit kemajuan dari segi mendorong atau membangunkan biodiesel. Di Eropah, misalnya, jika anda memandu, anda boleh mempunyai kereta yang menggunakan hanya biodiesel.  

"Di Malaysia, kita masih membincangkan, lima peratus biodiesel (campuran) terlalu banyak, 10 peratus biodiesel (campuran) terlalu banyak? Adakah (kerana) kita belum belajar daripada negara lain. Jika negara lain boleh melaksanakannya, kenapa tidak kita? Saya fikir persoalannya ialah tahap komitmen pada paras tertinggi," katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]