Berita

212,639 unit lampu PBT ditukar kepada LED - TNB

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar hampir 60 peratus daripada 367,000 unit lampu pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia kepada lampu diod pemancar cahaya (LED) yang lebih jimat tenaga dan kos senggara serta mesra alam.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 212,639 unit lampu High Pressure Sodium Vapor (HPSV) lama yang majoritinya berkapasiti 150 Watt ditukar kepada lampu LED dengan kapasiti 90 Watt sejak awal 2018 sehingga 14 Jun lalu.

“Bakinya akan digantikan dengan lampu LED seawal Disember tahun depan. Penukaran lampu kepada LED ini di bawah inisiatif Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh 2018 hingga 2020.

"Ia bagi mengurangkan risiko kegagalan lampu jalan yang menggunakan HPSV daripada 15 peratus kepada kurang dari satu peratus," menurut kenyataan itu.

Penggantian lampu tersebut dianggarkan boleh menyumbang kepada penjimatan bil elektrik antara 30 dan 40 peratus serta mengurangkan perbelanjaan kos senggara.

Selain menjimatkan, lampu LED mempunyai banyak kelebihan termasuk stabil, tahan lama, kurang panas dan tiada merkuri logam yang berbahaya terhadap alam sekitar, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]