KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat Jerman dapat membantu Malaysia dalam pembangunan projek biogas mampan, kata Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Daniel Bernbeck berkata Malaysia menjana biomas minyak sawit yang banyak -- dianggarkan sebanyak 80 juta tan sisa pepejal dan 60 juta tan sisa cecair setiap tahun.
Beliau berkata pecahan kecil telah diubah menjadi produk nilai ditambah manakala peratusan yang besar masih tidak digunakan.
"Jerman sudah lama dikenali sebagai perintis dalam bidang penjanaan dan pemanfaatan biogas. Negara ini mempunyai teknologi yang terbukti dan dapat menawarkan pengalamannya dalam mengubah bahan buangan menjadi tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kaunselor Ekonomi, Komersil dan Hal Ehwal Alam Sekitar, Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur, Jens Brinckmann berkata syarikat Jerman di Malaysia sentiasa menjadi sumber teknologi dan inovasi.
"Pengetahuan mereka dapat dipindahkan kepada ekosistem setempat untuk kepentingan semua pihak," katanya.
MGCC menganjurkan acara tenaga boleh baharu selama tiga hari, Biogas Simposium 2019 semalam, diikuti sesi padanan perniagaan yang berlangsung selama dua hari.
Acara ini disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan dan Tenaga Jerman, dengan penyertaan daripada penceramah pakar, penyedia penyelesaian dan wakil syarikat dari sektor berkaitan biogas di Jerman.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]