Berita

Serba Dinamik dapat kontrak RM251 juta di Qatar dan enam lagi di Malaysia



KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) --  Serba Dinamik  Holdings Bhd (SDHB) telah berjaya menggondol kontrak operasi serta penggendalian (O&M) di Qatar bernilai RM250.62 juta serta enam kontrak lain Malaysia yang tidak diumumkan nilainya.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu subsidiari milik penuhnya,  Serba Dinamik  International Ltd telah memeterai kontrak dengan Pavilion Qatar Engineering Co WLL untuk kerja-kerja  pembaikan, baik pulih serta penyelenggaraan pam, kompresor, kotak gear dan lain-lain berkaitan peralatan berputar.

Kontrak tersebut akan berjalan selama tiga tahun, dengan opsyen lanjutan setahun.

Sementara itu, satu lagi unit SDHB,  Serba Dinamik  Sdn Bhd (SDSB), telah memperolehi satu kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan lima O&M tanpa sebarang nilai yang jelas.

Kontrak EPCC itu telah diberikan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) manakala kontrak O&M dianugerahkan oleh Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd, Malaysia Refining Company Sdn Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd, Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn Bhd dan PC Myanmar (Hong Kong) Ltd. 

"Kontrak O&M (yang dimenangi SDSB) tidak mempunyai sebarang nilai yang jelas kerana kontrak itu didasarkan kepada panggilan kerja, di mana arahan kerja akan diberi mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan kepada jadual aktiviti dan kadar sepanjang tempoh kontrak berjalan," kata SDHB.

Kontrak tersebut dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]