Berita

Sarawak lihat potensi jualan hidrogen sebagai hasil



KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Sarawak sedang melihat kepada potensi hidrogen dan produk-produk lain bagi dijadikan hasil negeri melalui pengenaan cukai jualan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

Menurutnya, di bawah Perlembagaan Sarawak, cukai jualan, seperti pengenaan 5 peratus yang dikenakan ke atas produk-produk petroleum mulai 1 Jan tahun ini, tidak terbatas kepada satu komoditi sahaja. 

“Sebagai contoh, kami akan mampu menghasilkan hidrogen, satu lagi komoditi selain daripada gas dan minyak, kerana jika anda mempunyai jumlah pengeluaran maka ini membawa kepada lebih banyak pendapatan.

“Masih terlalu awal untuk membuat kenyataan tetapi kami mempunyai arah untuk mempertingkatkan lagi hasil kami, pastinya kami akan mengenal pasti (komoditi ini),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Gawai Raya 2019 anjuran SACOFA Sdn Bhd di sini hari ini.

Ditanya sekiranya kerajaan negeri akan mempertimbangkan lada sebagai salah satu komoditi yang akan dikenakan cukai jualan, beliau menjelaskan, walaupun Sarawak merupakan pengeluar utama lada, ia perlu membuat kajian ke dalam pasaran terlebih dahulu. 

Sekarang ini, insentif tertentu sedang disediakan bagi mereka yang terlibat dalam penanaman lada di negeri ini, katanya.

Semalam, beliau menggesa Sarawak Energy Bhd untuk meneroka produk baharu seperti hidrogen dan oksigen bagi dipasarkan ke luar negara untuk meningkatkan hasil negeri. 

Buat masa ini, Sarawak merupakan pengeluar tenaga bersih yang terbesar, yang dijana daripada empangan hidroelektrik seperti empangan Bakun dan empangan Batang Ai.

Sarawak juga bersedia untuk menjadi pengeksport hidrogen dunia berikutan pelancaran loji pengeluaran hidrogen dan stesen pengisian bahan api bersepadu yang pertama di Asia Tenggara oleh Abang Johari pada 27 Mei lepas.

-- BERNAMA  





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]