Berita

Sarawak tinjau potensi jualan tenaga ke Kalimantan Barat



KUCHING, 17 Jun (Bernama) – Kerajaan Negeri Sarawak, menerusi utiliti tenaga milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Bhd (SEB), meninjau potensi jualan elektrik tambahan ke Indonesia.

Ini berikutan laporan terkini bahawa ibu negara Indonesia mungkin beralih ke Kalimantan Barat daripada Jakarta dalam waktu terdekat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata negeri ini  sedang mengusahakan inisiatif Borneo Grid dengan sambungan pertama ke Kalimantan Barat.

“Dengan kepakaran dan kemahiran kejuruteraan SEB, potensi itu ada dan kami boleh bekerja dengan Indonesia,” katanya pada majlis sambutan Gawai Raya SEB untuk kakitangan dan pihak berkepentingannya yang berpangkalan di Kuching.

Beliau juga berkata SEB sedang dalam rundingan dengan Sabah dan negara jiran Brunei untuk perjanjian pertukaran tenaga.

Daripada keseluruhan bajet negeri yang berjumlah RM11.9 bilion, Abang Johari berkata sebanyak RM2.7 bilion diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar yang dilaksanakan oleh SEB di bawah projek tenaga eletrik luar bandar.

Beliau berkata ketika ini Sarawak merupakan pengeluar terbesar dari segi tenaga bersih yang dihasilkan  daripada empangan hidroelektiknya, termasuk empangan Bakun.

Menurut Abang Johari, Sarawak mempunyai semua ciri untuk menjadi pembekal tenaga serantau, oleh itu SEB boleh meneroka produk-produk baharu seperti hidrogen dan oksigen untuk dipasarkan di luar negara bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata liputan elektrik domestik negeri adalah 97 peratus sekarang.

“Sasaran kami adalah untuk membekalkan 99 peratus tenaga di Sarawak menjelang 2020 dan ke arah pembekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2025,” tambahnya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]