Berita

MATRADE padankan syarikat minyak & gas Malaysia dengan pembeli asing



KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memadankan lebih 40 syarikat Malaysia dalam sektor minyak dan gas dengan pembeli asing minggu depan melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

INSP akan diadakan sempena Pameran Kejuruteraan Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-17 (OGA) 2019, yang akan diadakan pada 18-19 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Dalam kenyataan, agensi promosi perdagangan itu berkata program tersebut merupakan usaha untuk mengukuhkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia dalam rantaian bekalan global.

OGA adalah antara acara minyak dan gas terbesar di Asia dan dianggap sebagai platform yang baik untuk mempamerkan teknologi, peralatan dan jentera yang terkini dalam bidang kejuruteraan minyak, gas dan petrokimia.

Tahun ini merupakan kali kedua MATRADE menyertai acara dwitahunan itu, selepas 2015.

Edisi INSP pada tahun ini, MATRADE akan membawa bersama 10 syarikat dari Vietnam, Myanmar, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Pakistan, Belanda, Amerika Syarikat dan Nigeria ke acara itu. 

Pada INSP anjuran MATRADE di OGA 2015, jualan sebanyak RM182.6 juta dicatatkan, kata Jai Shankar, Pengarah Minyak & Gas di Seksyen Kimia dan Tenaga MATRADE.

"Kami berharap penyertaan pada tahun ini akan menjana keputusan yang baik bagi syarikat Malaysia,” katanya.

MATRADE berkata sesi pertemuan perniagaan menjadi pemangkin yang menjimatkan kos bagi syarikat Malaysia untuk berhubung dan meninjau peluang perdagangan melalui pertemuan perniagaan yang diatur dengan pembeli berkualiti tinggi diperoleh daripada pangkalan data pembeli pejabat globalnya.

Agensi itu mempunyai lebih dua dekad pengalaman menyelaraskan padanan perniagaan yang berkesan antara perniagaan Malaysia dan pembeli asing. 

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]