KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikatnya TNB Renewables Sdn Bhd, memeterai perjanjian hasrat bagi perjanjian bekalan tenaga boleh diperbaharui (SARE) dengan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk memasang panel solar di bumbung pasar awam dan beberapa pejabat kerajaan negeri yang telah ditetapkan di Pulau Pinang.
Permeteraian perjanjian itu menandakan satu pencapaian penting bagi menjadikan MPSP sebagai pihak berkuasa tempatan pertama memilih penjanaan tenaga solar, serta majlis perbandaran pertama di negara ini yang mempraktiskan amalan hijau dengan perbadanan utiliti nasional itu menerusi SARE, kata TNB dalam satu kenyataan, hari ini.
Presiden MPSP, Datuk Seri Rozali Mohamud berkata perjanjian itu membawa MPSP melangkah setapak lagi ke arah merealisasikan agenda masyarakat karbon rendah majlis tersebut menerusi inisiatif bandar pintarnya di Seberang Perai.
Dengan permeteraian perjanjian itu, anak syarikat milik penuh TNB Renewables, GSPARX Sdn Bhd akan mengkaji dan mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pemasangan panel solar bagi MPSP di bawah penyelesaian pendahuluan sifar.
Pemasangan fotovoltaik (PV) solar itu juga akan membolehkan MPSP menjual lebihan tenaga solar kepada TNB dan mendapat kredit tenaga bagi asas ‘satu-bagi-satu’ bagi mengurangkan lagi bilnya menerusi skim Meter Tenaga Bersih (NEM).
SARE, kontrak tiga pihak antara TNB, GSPARX sebagai Pelabur PV Solar Berdaftar (RPVI) dan MPSP sebagai pelanggan, membolehkan MPSP menikmati kadar elektrik lebih rendah berbanding tarif yang diwartakan.
Pada masa ini SARE ditawarkan oleh TNBX Sdn Bhd,anak syarikat milik penuh TNB dan secara umumnya ditawarkan kepada bangunan kerajaan tempatan dan persekutuan, pelanggan komersial dan perindustrian untuk membantu mengurangkan kos elektrik mereka menerusi penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
SARE memanfaatkan sistem pengebilan bersepadu TNB, di mana pelanggan boleh mendapat manfaat daripada kemudahan memantau penggunaan dan kos tenaga mereka. Bil tunggal ini juga boleh dilihat menerusi aplikasi mudah alih myTNB.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]