KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata mereka kini sedang melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan isu kenaikan mendadak dalam bil sebahagian pelanggannya secepat mungkin.
“Semua usaha sedang ditumpukan bagi menguruskan isu berkaitan pelanggan kami, berdasarkan kepada laporan atau aduan yang dibuat secara terus kepada kami,” kata Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan kepada Bernama hari ini.
“Kami sedang menguruskan kesemua kes dengan hasrat untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Pada mereka yang mendapat bill yang terlampau tinggi, sila datang ke Kedai Tenaga atau hubungi pusat Careline kami di talian 1-300-88-5454 supaya kami dapat lakukan pemeriksaan,” katanya.
Megat Jalaluddin berkata jika pelanggan hadir ke Kedai Tenaga, pihaknya akan membantu untuk membuat pindaan kepada bill mereka, atau untuk mengkreditkan semula bill mereka, jika didapati ianya merupakan kesilapan TNB.
Beliau mendedahkan, sebahagian pelanggan telah menerima bil prorata disebabkan kelewatan pembacaan meter, disebabkan gangguan ke atas sistem bill ataupun kerosakan komputer.
Sistem mereka telah terganggu antara 15 dan 20 Mei dan telah kembali normal secara berperingkat.
“Walaupun jangka masa bill yang lebih panjang, bill mereka adalah secara pro-rata seadanya dan tidak terlebih caj,” kata Megat Jalaluddin.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]