KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Keuntungan selepas cukai (PAT) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2019 (Q1 2019) meningkat sembilan peratus kepada RM14.2 bilion berbanding RM13 bilion pada Q1 2018, disokong oleh pendapatan yang lebih tinggi.
Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata hasil meningkat tujuh peratus kepada RM62.0 bilion berbanding RM57.9 bilion, dipacu oleh jumlah jualan yang lebih tinggi ke atas produk petroleum dan gas asli cecair (LNG), serta tukaran mata wang ringgit yang semakin lemah berbanding dolar US.
Ini katanya diimbangi sebahagiannya oleh harga purata terealisasi yang lebih rendah, terutama produk petroleum, minyak mentah dan kondensasi.
Aliran tunai daripada operasi meningkat kepada RM23.2 bilion, perningkatan enam peratus daripada RM21.9 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
Jumlah aset merosot kepada RM636.2 bilion paa 31 Mac, 2019 berbanding RM636.3 bilion pada 31 Mac, 2018.
Petronas berkata ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM389.1 bilion berbanding RM380.5 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutama dipacu oleh penjanaan keuntungan dalam tempoh berkenaan.
Bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh pergerakan dalam rizab daripada mata wang asing.
Nisbah hutang meningkat 20.8 peratus pada 31 Mac 2019 berbanding 19.7 peratus pada 31 Dis, 2018, susulan liabiliti pajakan tambahan yang diperakui berikutan penerapan piawaian perakaunan baharu, Pajakan 16 MFRS.
Sementara itu, pulangan purata modal yang digunakan, meningkat sedikit kepada 12.1 peratus daripada 12.0 peratus pada suku sebelumnya, sejajar dengan keuntungan yang lebih tinggi yang dicatatkan.
Pelaburan modal kumpulan pada suku tersebut sebanyak RM8.3 bilion, terutama disebabkan oleh projek-projek huluan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata prestasi yang lebih baik pada suku pertama 2019 itu adalah hasil daripada strategi tiga serampang dan tumpuan ke atas peningkatan perniagaan secara berterusan serta kecemerlangan komersil dan operasi.
"Untuk menghadapi ketidaktentuan pasaran pada masa depan, kami akan terus melabur untuk masa depan, dan baru-baru ini mengembangkan portfolio huluan kami menerusi pengambilalihan ekuiti Medan Verde Tartaruga di Brazil.
"Strategik kami yang mahu pergi lebih jauh daripada minyak dan gas, juga mencatat kemajuan, menerusi pelaburan baru-baru dalam bahan boleh baharu serta bahan kimia khusus," katanya.
Beliau juga menjangkakan prestasi akhir tahun keseluruhan kumpulan Petronas akan terjejas oleh turun naik harga minyak serta pergerakan tukaran asing.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]