KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat sebanyak 21 peratus tahun ke tahun kepada RM112.15 juta dalam suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2019, susulan peningkatan aktiviti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah.
Hasil meningkat sebanyak 34.7 peratus kepada RM984.39 juta, dipacu oleh segmen operasi dan penyenggaraan (O&M) yang menyumbang kira-kira 87 peratus daripada jumlah hasil kumpulan.
Hasil segmen itu meningkat 35.3 peratus kepada RM858.73 juta disebabkan terutamanya aktiviti MRO tinggi manakala aktiviti pemeriksaan, pembaikan dan penyenggaraan mencatatkan sedikit penurunan.
Sementara itu, segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kumpulan menyumbang RM111.23 juta atau 11.3 peratus daripada jumlah hasil suku pertamanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Ir Mohd Karim Abdullah berkata Malaysia terus menjadi negara penyumbang terbesar tunggal, menyumbang 31.2 peratus daripada jumlah hasil suku pertama atau RM306.89 juta.
Sementara itu, rantau Timur Tengah menyumbang RM581.33 juta atau 59.1 peratus kepada jumlah hasil syarikat dan Asia Tengah menyumbang RM40.96 juta atau 4.16 peratus.
Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 2.3 sen sesaham (suku pertama 2018: 1.9 sen).
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]