Berita

TNB ambil tindakan isu bil, jamin bayar semula jika berlaku lebihan caj



KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan akan memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku pada bil masing-masing.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pada masa ini pihaknya fokus untuk memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.

"Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut syarikat utiliti itu, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil masing-masing, dan komited untuk merungkaikan permasalahan mereka.

"Satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci, ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian," jelas syarikat itu selain memohon maaf terhadap pelanggan yang terlibat.

Selain itu, TNB juga meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu tersebut.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]