Berita

TNB nafi terima arahan kerajaan naikkan tarif 30 peratus



MELAKA, 29 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan mesej tular di media sosial kononnya Anggota Lembaga Pengarahnya telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan mesej tersebut yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.

"Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan. Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak mengkongsikannya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu tarif elektrik ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]