Berita

Saham PetGas meningkat susulan pendapatan yang lebih tinggi



KUALA LUMPUR, 29 Mei  (Bernama) -- Saham Petronas Gas Bhd (PetGas) meningkat dalam dagangan awal selepas syarikat itu melaporkan keputusan kewangan suku pertama berakhir 31 Mac, 2019.

Pada 10.06 pagi, saham syarikat menokok 10 sen kepada RM16.44, dengan 37,100 saham bertukar tangan.

Keuntungan bersih PetGas meningkat kepada RM515.46 juta pada suku pertama berbanding RM483.22 juta pada tahun sebelumnya, hasil daripada keuntungan tukaran mata wang asing (forex) yang tidak direalisasi dan keuntungan saham yang lebih tinggi daripada syarikat usaha sama.

Sementara itu, pendapatan bagi suku itu meningkat kepada RM1.37 bilion daripada RM1.35 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kenanga Investment Bank mengekalkan kaunter saham itu sebagai berprestasi pasaran ,dengan harga sasaran yang disemak semula kepada RM16.55.

"Harga saham susut 10 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas, yang kini lebih menghampiri harga sasaran kami, dan kami percaya semua aspek negatif seharusnya sudah pun diambil kira," katanya.

Sementara itu, Affin Hwang Capital mengulangi saranan ‘simpan’ ke atas saham syarikat itu walaupun panduan pengurusan menyatakan sebahagian besar tarif adalah sama.

Petronas Gas mengemukakan cadangan Tempoh Pengawalseliaan 1 (RP1) kepada Suruhanjaya Tenaga pada 19 April dan memberi panduan bahawa tarif bagi perkhidmatan pengangkutan gas dan penyesuaian semula pada 2020 mungkin sama dengan tempoh pengawalseliaan perintis pada 2019.

Hasil akhir dijangka diumumkan pada suku keempat tahun ini.

"Kami mengambil pendekatan yang lebih konservatif dan mengurangkan harga sasaran kepada RM17 daripada RM17.30.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]