Berita

97 peratus isi rumah luar bandar nikmati bekalan elektrik 24 jam tahun depan



KUCHING, 21 Mei (Bernama) – Sarawak Energy bertekad untuk memastikan 97 peratus isi rumah luar bandar di negeri ini akan disambungkan kepada bekalan elektrik 24 jam menjelang 2020 daripada 91 peratus sekarang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sharbini Suhaili berkata ini sekaligus, akan meningkatkan liputan elektrik domestik keseluruhan Sarawak kepada 99 peratus menjelang 2020 dan 100 peratus menjelang 2025.

Liputan domestik semasa keseluruhan di Sarawak adalah 95 paratus di luar bandar

“Bagi merealisasikan aspirasi Sarawak untuk mempunyai liputan elektrik domestik secara menyeluruh menjelang 2025, Sarawak Energy sedang melaksanakan Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar yang diterajui oleh Kementerian Utiliti Sarawak,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Sarawak Energy di sini hari ini.

Sarawak Energy merupakan pembekal tenaga elektrik tunggal di Sarawak dan pengeluar elektrik berasaskan kuasa hidro yang  terbesar di negara ini.

Dari segi operasi, sebahagian besar daripada punca penjanaan tenaga adalah berasaskan kepada tenaga hidro yang boleh diperbaharui selain daripada memanfaatkan sumber arang batu dan gas asli tempatan.

“Ini membolehkan Sarawak Energy menawarkan tarif tanpa subsidi yang terendah di Malaysia dan antara yang paling murah di rantau ASEAN,” katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]