Berita

LNG Satu Petronas terima LNG pertama selepas penempatan semula



KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- PETRONAS memperoleh hantaran pertama gas asli cecair (LNG) dari kemudahan LNG terapung, PETRONAS Floating LNG Satu (PFLNG Satu), di medan kluster Kebabangan, 90 kilometer di  luar pesisir Sabah.

Kebabangan ialah lokasi kedua PFLNG Satu, selepas kejayaan operasi di medan Kanowit, Sarawak.

Naib Presiden Aset LNG PETRONAS Zakaria Kasah berkata penerimaan gas pertama ke PFLNG Satu, yang dicapai pada 4 Mei, adalah dari medan Kebabangan ke sistem turet PFLNG Satu melalui saluran paip fleksibel 5 km.

"Siri aktiviti permulaan termasuk penyejukan gas asli sehingga penerimaan pengeluaran pertama LNG pada 7 Mei 2019, dalam tempoh hanya tiga hari selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan kejayaan pelaksanaan yang berfokus serta kerjasama rapat dalam PETRONAS serta antara kerajaan negeri dan badan pengawalseliaan.

"Kami bukan sahaja membuktikan konsep kebolehalihan LNG terapung, bahkan kami juga telah mencapai penerimaan LNG pertama hanya dalam tempoh tiga hari selepas gas pertama masuk. Ini merupakan satu lagi detik yang membanggakan dan satu pencapaian yang hebat untuk PETRONAS dan industri LNG terapung," katanya.

Dibangunkan untuk kedalaman air antara 70 meter dan 200 meter dan kapasiti pemprosesan sebanyak 1.2 juta tan setahun (MTPA) dengan 155 anak kapal, PFLNG Satu akan menyokong portfolio LNG global PETRONAS dan meningkatkan reputasinya sebagai pembekal LNG yang lebih baik dan boleh dipercayai .

Penghantaran kargo LNG pertama dari medan baharu ini dijangkakan pada Jun 2019.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]