PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Pindaan terhadap klasifikasi plastik di bawah Konvensyen Basel baru-baru ini akan membantu Malaysia menyekat kemasukan sisa plastik dari negara asing secara lebih berkesan, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.
Ini kerana pindaan kepada klasifikasi sisa plastik yang dicadangkan menerusi konvensyen yang diratifikasi sejumlah 187 negara itu memerlukan ‘prior informed consent‘ (PIC) dari negara pengimport sisa plastik terlebih dahulu sebelum sebarang pergerakan sisa merentasi sempadan dilakukan, katanya.
Sebelum ini, katanya sisa plastik diklasifikasikan di bawah Annex IX Konvensyen Basel tidak menjelaskan sama ada sisa tersebut boleh dikitar semula atau sebaliknya dan tidak memerlukan kelulusan PIC dari negara pengimport sisa berkenaan.
"Dengan pindaan (konvesyen) ini, sisa plastik diklasifikasikan dengan lebih jelas dan negara pengeksport sisa plastik perlu mendapatkan pertimbangan khas ataupun PIC dari negara pengimport sebelum sebarang pergerakan sisa plastik merentasi sempadan dilakukan," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Menurut Yeo, Persidangan Konvensyen Basel ke-14 yang berlangsung dari 29 April hingga 10 Mei lepas di Geneva, Switzerland dihadiri tiga pegawai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan seorang pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau berkata Malaysia juga menyokong penuh cadangan Norway supaya sisa plastik disenaraikan di bawah Annex II dalam Konvesnyen Basel iaitu kategori sisa yang memerlukan pertimbangan khas.
Mengulas kemasukan sisa plastik haram ke negara ini, Yeo berkata lima kontena mengandungi sisa plastik tercemar yang sebelum ini melalui pengisyiharan palsu, telah disekat kemasukannya ke negara ini oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dihantar pulang ke negara asal iaitu Sepanyol.
Beliau berkata Malaysia menjadi destinasi utama pengimportan plastik tercemar dari negara asing sejak negara China melarang pengimportan sisa plastik pada 2018.
Malaysia telah mengalami kemasukan sisa plastik bercampur yang tercemar dari negara asing dan sehingga kini, JAS mengambil tindakan ke atas 148 kilang kitar semula plastik haram, katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]