Berita

Ekonomi Malaysia tumbuh 4.5 peratus pada suku pertama 2019



KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) --  Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019 (1Q 2019), dengan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata dari segi bekalan, sektor utama terus berkembang, kecuali sektor perlombongan disebabkan penurunan dalam pengeluaran minyak dan gas asli susulan penutupan kemudahan pengeluaran yang tidak dirancang.

"Sektor pertanian pulih dengan mencatatkan peningkatan 5.6 peratus pada 1Q 2019 berbanding pengucupan 0.1 peratus pada 4Q 2018, ekoran pemulihan kukuh hasil minyak sawit yang membantu meningkatkan pertumbuhan,” kata BNM.

Berasaskan pelarasan bermusim sukuan, bank pusat itu berkata ekonomi meningkat 1.1 peratus.

BNM berkata ekonomi Malaysia dijangkakan terus berada pada kedudukan pertumbuhan yang mantap, dengan permintaan sektor swasta diunjur terus menjadi teras pertumbuhan disebabkan perbelanjaan sektor awam yang rendah.

"Sektor luar dijangka berkembang sedikit, seiring dengan permintaan global yang sederhana," katanya.

Secara menyeluruh, BNM berkata berdasrkan unjuran asas, ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus tahun ini.

Dalam perkembangan lain, BNM berkata berkuat kuasa 1Q 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) diasaskan semula kepada harga malar tahun 2015 daripada harga tahun 2010.

"Pengasasan semula yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mencerminkan struktur ekonomi semasa seperti peningkatan sumber dan liputan data, serta penambahbaikan metodologi, selaras dengan piawaian antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]