IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Sebanyak 16 cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak berada dalam keadaan bersiap siaga 24 jam sehari bagi memastikan bekalan elektrik dapat dinikmati pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri nanti.
Pengurus Besarnya, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid berkata pasukan teknikal merangkumi jurutera dan juruteknik bagi sistem voltan rendah dan tinggi akan berada dalam keadaan tunggu sedia di kesemua lokasi cawangan di negeri ini.
"Seperti mana lazimnya setiap tahun, kita akan memastikan bekalan elektrik terjamin mencukupi sebelum dan semasa musim sesuatu perayaan sama ada Aidilfitri, Tahun Baharu Cina atau perayaan lain kerana ketika itu penggunaan elektrik akan naik secara mendadak.
"Kita telah kenal pasti kawasan-kawasan yang menggunakan elektrik terlalu tinggi seperti di kawasan perkampungan atau taman perumahan yang mana kita mengambil persediaan dengan lebih awal secara teknikal bagi memastikan semua pengguna menikmati bekalan elektrik secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa TNB bersama pengamal media Perak yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamhari.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]