KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, akan menawarkan platform yang menyediakan tawaran untuk memacu libat urus pelanggan bagi syarikat tenaga terkemuka dunia.
Melalui kontrak pelbagai tahun dan berjuta-juta dolar, Fusionex akan menyediakan platform tersebut kepada klien khusus dalam menjana bahan api dan tenaga yang memacu pelbagai industri dan pertumbuhan ekonomi.
Platform itu bertujuan membantu klien memahami dengan lebih baik dan terlibat dengan asas pelanggannya. Ia akan menyasarkan kepada pelanggan, berdasarkan corak penggunaan mereka, profil demografi, corak pembelian dan parameter lain.
“Dengan meningkatkan platform libat urus pelanggan mereka melalui AI dan Pembelajaran Mesin, klien akan mendapat pandangan, membolehkan mereka memberikan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan mereka,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Datuk Seri Ivan Teh.
Fusionex akan turut menyediakan Analisis Data Raya, Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin dan Pengkomputeran Awan Fusionex kepada klien, menurut kenyataan.
Penyelesaian ini akan membantu klien menguruskan rekod pelanggan dan pelanggan profil berdasarkan produk dan perkhidmatan yang kerap mereka gunakan. Ia dijangka membantu klien meningkatkan kecekapan libat urus pelanggan sebanyak 17 peratus.
Maklumat lanjut, layari https://www.fusionex-international.com.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]