Berita

Isu meter pintar; Orang ramai boleh mengadu kepada Suruhanjaya Tenaga



MUAR, 12 Mei (Bernama) -- Orang ramai boleh mengadu kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) sekiranya  Tenaga Nasional Berhad (TNB) gagal mengurus aduan mengenai isu meter pintar.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata beliau akan mengumumkan prosedur bagi saluran kedua itu jika TNB masih gagal menguruskanya.

"Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini dalam masa seminggu dua lagi selepas meneliti setiap perkara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Parlimen Bakri di sini malam ini.

Yeo berkata beliau juga akan membuat semakan dengan TNB berkenaan dakwaan oleh pelanggan TNB bahawa bil elektrik mereka melambung tinggi selepas pengunaan meter pintar.   

Dalam perkembangan lain, Yeo berkata beliau sedang berusaha mengubah budaya kerja lama penjawat awam di bawah kementeriannya agar dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

"Saya ingin mengubah budaya kerja lama (agar amalan) semua kakitangan turun ke majlis dihadiri menteri tidak berlaku lagi… Sebelum ini ketika mula-mula menjadi menteri saya dapati lebih 80 peratus kakitangan hadir ke majlis saya.

"Selepas itu saya hanya cuba membenarkan kakitangan yang bertugas untuk majlis dan diperlukan saja menghadiri majlis menteri," katanya.

Beliau berkata jika semua kakitangan ikut majlis menteri seperti yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini siapa yang akan uruskan pejabat.

"Saya bukan nak tengok muka siapa yang kerap turun ke majlis saya tetapi saya nak lihat prestasi kerja mereka dalam melaksana tugas yang diamanahkan oleh rakyat," katanya.

-- BERNAMA 

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]