Berita

Seacera sasar buka kilang pengeluaran LED

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) – Seacera Group Bhd (Seacera), merancang membuka kilang pengeluaran diod pemancar cahaya (LED) di Tangga Batu, Melaka.

Pengarah Urusan Kumpulannya Zulkarnin Ariffin berkata kilang pengeluaran LED itu akan mula beroperasi dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

"Trend dalam produk LED tidak dapat dielakkan lagi memandangkan semakin ramai pengguna kini beralih kepada LED untuk penjimatkan tenaga," katanya kepada Bernama selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pakar dalam sistem penghasilan elektronik (EMS) Korea Selatan, KR EMS Co Ltd (KR Global).

Menerusi MoU itu, Seacera akan bertanggungjawab untuk mengeluar dan menjual produk-produk LED di Malaysia, dengan teknologi dan penyeliaan disediakan oleh KR Global.

Zulkarnin berkata kerajaan, perusahaan dan pengguna akan mempunyai pilihan teknologi dalam melakukan peralihan kepada penyelesaian pencahayaan yang lebih cekap tenaga.

"Perkongsian dengan KR Global, sebuah jenama global yang mantap dalam pembekalan produk pintar, akan mewujudkan pangkalan untuk Seacera bergerak ke peringkat seterusnya.

"Saya percaya menerusi kerjasama ini, Seacera akan memainkan peranan penting dalam pasaran komponen LED Malaysia," katanya.

Kilang pengeluaran LED merupakan tambahan kepada segmen perniagaan sedia ada kumpulan itu iaitu pembuatan, pembinaan dan hartanah.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Seacera Datuk Seri Mansor Masikon berkata promosi produk LED juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 40 peratus menjelang 2020.

"KR Global telah beroperasi selama 12 tahun, dengan tiga kilang di Korea dan masing-masing sebuah di China dan Vietnam

"Menerusi kerjasama ini, Seacera dan KR Global akan bersama-sama mencapai pembangunan perniagaan selanjutnya dalam industri yang mempunyai masa depan dinamik," katanya.

Menurut laporan pasaran pencahayaan McKinsey 2011, pendapatan global dari pasaran pencahayaan LED dijangka meningkat 30 peratus setahun kepada hampir RM227 bilion menjelang 2020.

McKinsey dalam laporan pasaran pencahayaan pada 2011, hasil global daripada pasaran pencahataan LED dijangka berkembang 30 peratus setahun kepada hampir-hampir RM227 bilion menjelang 2020.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]