Berita

Bil elektrik melambung: Kerajaan Melaka prihatin aduan rakyat



MELAKA, 6 Mei (Bernama) – Kerajaan negeri memandang serius dakwaan berlaku kenaikan kadar bil elektrik yang agak tinggi ekoran penggunaan Smart Meter diperkenalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pihak kerajaan negeri meminta agar TNB memandang serius setiap aduan dan tidak melihatnya secara umum.

“Setiap aduan perlu dilayan dengan sempurna memandangkan hampir keseluruhan pengguna di negeri ini mengguna Smart Meter,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima daripada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling di sini hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Adly berkata beliau berharap pihak TNB akan mengaktifkan talian aduan atau ‘Hotline’ mereka bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Sementara itu, anggota exco bagi Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak TNB berhubung masalah itu.  

Beliau meminta orang ramai yang menghadapi masalah peningkatan bil menghubungi TNB Careline di talian 1300885454 atau hadir ke pejabat TNB berdekatan bagi membuat aduan.

-- BERNAMA      


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]