Berita

Sarawak fokus pembangunan kluster, rantaian nilai industri di kawasan SCORE



KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Sarawak memberi penekanan kepada pembangunan kluster dan rantaian nilai industri bagi mempromosikan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (Score) yang dalam pelaksanaan fasa kedua (2016-2030).

Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais  berkata setakat ini, 24 projek diluluskan di kawasan SCORE dengan pelaburan berjumlah RM39.94 bilion yang akan mewujudkan 17,828 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah itu, katanya 11 projek dengan pelaburan RM19.06 bilion telah beroperasi dan mewujudkan sebanyak 10,262 peluang pekerjaan.

“Ini tidak termasuk dua pelaburan baharu yang telah diluluskan, iaitu projek keluli bernilai RM17 bilion dan projek ‘foaming agent’ bernilai RM500 juta,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-Jamoreng) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohd Naroden berkata kerajaan Sarawak juga sedang mempergiatkan usaha untuk menarik pelabur dari dalam atau luar negara dengan menyediakan pelbagai infrastruktur, termasuk telekomunikasi, pengurusan sisa industri dan sumber tenaga.

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan masing-masing kepada tiga agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan SCORE dalam tempoh dua tahun ini, katanya.

Beliau berkata mulai 2017, kawasan liputan SCORE diperluaskan, daripada 70,000 km persegi kepada 100,000 km, yang merangkumi kawasan wilayan tengah ke wilayah utara Sarawak, termasuk Limbang dan Lawas.

"Bahagian Mukah, termasuk Jemoreng adalah di dalam kawasan SCORE…Jemoreng berada di lokasi strategik antara Mukah and Tanjung Manis yang merupakan titik pertemuan SCORE untuk pembangunan dan ia akan mendapat manfaat daripada pembangunan di kawasan itu,” katanya.         

Menjawab soalan tambahan daripada Yussibnosh Balo (GPS-Tellian), beliau berkata stesen janakuasa elektrik berkuasa arang batu dengan kapasiti menjana 330 megawatt  di Mukah kini sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2020.

Mengenai status lapangan terbang Mukah yang baharu, beliau berkata ia direka untuk pesawat jenis ATR dan boleh diperluaskan bagi menampung pesawat Boeing 737.

Lapangan terbang yang menelan kos RM510 juta itu dijangka siap menjelang 2020, kata beliau.

-- BERNAMA

  

        

 

 





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]