Berita

MATRADE ketuai misi ke OTC 2019, ketengahkan kelebihan kompetitif Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mengadakan pavilion negara dengan penglibatan 13 pempamer Malaysia di Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) 2019 di Amerika Syarikat (AS).

Acara empat hari yang akan berakhir pada 9 Mei itu berlangsung di NRG Centre, Houston, Texas.

Petronas, MISC Bhd dan TM One, serta beberapa perusahaan kecil dan sederhana daripada sektor minyak dan gas menyertai acara tersebut.

Dalam kenyataan pada Isnin, Pengarah Seksyen Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga MATRADE, S. Jai Shankar berkata pemulihan sektor dan harga minyak mentah global yang beransur-ansur namun stabil telah mengaktifkan semula pelaburan global dalam aktiviti cari gali serta pengeluaran.

MATRADE, dengan sokongan Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC), akan mengaturkan mesyuarat perniagaan dan pembentangan teknikal bagi pempamer Malaysia dengan pembeli berpotensi dikenal pasti lebih awal,  termasuk dari Amerika Utara, Mexico, Brazil dan Argentina.

“Malaysia memiliki kedudukan sejak sekian lama dalam industri minyak dan gas di Amerika Latin.

“Pasaran ini bersedia untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh pada tahun-tahun mendatang dan akan menyaksikan pengembangan aktiviti cari gali dan pengeluaran di medan minyak dan gas,” katanya.

Pada 2018, syarikat Malaysia merekodkan nilai perniagaan sebanyak RM379.5 juta di OTC Houston.

Bagi tempoh yang sama, jumlah dagangan Malaysia dengan AS bagi produk minyak dan gas meningkat 26 peratus kepada RM2.31 bilion daripada RM1.83 bilion pada 2017.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]