Berita

Teresa Kok teraju misi promosi minyak sawit ke pasaran utama Eropah



KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Industri Utama Teresa Kok sedangt mengetuai misi promosi dan ekonomi minyak sawit ke London (United Kingdom), Brussels (Belgium), Berlin (Jerman), dan Rom (Itali) pada 3 hingga 13 Mei ini.

Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan berkata delegasi beliau akan terdiri daripada para pegawai kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC). 

"Sepanjang misi, beliau akan berbincang dengan para pegawai dan pemegang kepentingan yang berpengaruh dari kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang juga merupakan rakan perdagangan penting minyak sawit di kesatuan tersebut.

“Misi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mempromosikan minyak sawit dan produk-produk berasaskan kelapa sawit di dalam pasaran utama termasuk bagi menangani sentimen anti minyak sawit di rantau berkenaan," katanya.

Ia juga akan membantu Malaysia memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan pasaran penting itu dan memahami perspektif mereka mengenai pelaksanaan domestik Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) dan sektor minyak sawit secara menyeluruh.

Teresa juga akan melawat Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak, sebuah pusat promosi dan penyelidikan di bawah Lembaga Getah Malaysia yang terletak di UK.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]