Berita

Petronas selesai pemindahan STS pukal pecah LNG kedua untuk penghantaran ke China



KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd (PLL), mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian gas asli cecair (LNG) melalui selesainya pemindahan kapal ke kapal (STS) pukal pecah LNG kedua di Brunei Bay, baru-baru ini.

Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas Ahmad Adly Alias berkata STS itu untuk penghantaran ke China.

“Ini merupakan operasi STS kedua oleh Petronas, sekali gus menunjukkan keupayaan syarikat untuk respons kepada landskap penghantaran LNG dan permintaan pelanggan yang berubah bagi penyelesaian yang disesuaikan.

“Pada masa sama, ia menyokong pertumbuhan pasaran LNG di kawasan yang mempunyai parameter operasi yang terhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pukal pecah itu menyaksikan kapal Seri Bijaksana dengan muatan penuh membawa kargo LNG dari Gladstone LNG, Australia, memindahkan bungkusan lebih kecil ke dua kapal berukuran kecil untuk penghantaran seterusnya ke terminal LNG berbeza di Shanghai, China.

Kargo pertama dipindahkan daripada kapal berukuran besar kepada kapal berukuran kecil 80,000 m³, Arctic Spirit, manakala pemindahan kargo kedua dilakukan dengan satu lagi saiz kapal berukuran kecil yang sama, Polar Spirit.

“Pemindahan STS pukal pecah berturut-turut itu melalui kapal Arctic Spirit dan Polar Spirit selesai kira-kira 72 jam, menunjukkan prinsip yang tepat pada masa, memacu kos operasi kepada tahap minimum,” katanya.

Ahmad Adly menyifatkan kejayaan selesainya STS sebagai usaha kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, iaitu Sabah Department of Ports and Harbours, Sabah Ports Authority, Sabah Ports Sdn Bhd, Argo Engineering Sdn Bhd, Eastport Marine Sdn Bhd, MISC Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd, Teekay LNG Partners L.P., dan Shenergy Group Co. Ltd.

Pada Jun 2018, Petronas menyelesaikan operasi STS pertamanya di tapak yang sama di Brunei Bay, lokasi yang digazetkan untuk operasi STS disebabkan perairannya yang tenang.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]