SANDAKAN, 1 Mei (Bernama) -- Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Dis depan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
Beliau berkata penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu.
"Kementerian menyambut baik syarikat pengeluar dan pengeksport menggunakan peluang ini untuk mengeksport minyak sawit.
"Dengan cara ini, kita akan dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil kelapa sawit," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Penanam Sawit di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Kok berkata beberapa pasaran baharu negara lain juga berminat mengimport minyak sawit, termasuk benua Afrika, Arab dan Rusia.
"Namun, semua itu perlukan masa untuk dijalankan, dan berharap dengan duti percuma ini akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit," katanya.
Mengenai dialog itu, Kok berkata antara masalah yang dihadapi oleh penanam sawit ialah harga rendah, tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan cukai.
Beliau berkata antara langkah yang perlu diambil untuk menangani isu itu ialah memberikan gambaran yang jelas tentang manfaat minyak sawit, khususnya di pasaran Eropah.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]