KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PetGas) memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM1.2 bilion bagi penyenggaraan, pemeriksaan keperluan statutori dan usaha pendigitalan pada tahun ini.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamal Bahrin Ahmad berkata perbelanjaan modal tinggi itu diperlukan untuk pemeriksaan statutori loji yang diadakan sekali dalam setiap tiga hingga lima tahun.
"Biasanya, ia menelan kos kira-kira RM300 juta hingga RM400 juta untuk mengekalkan kebolehpercayaan dan produktiviti loji,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, di sini, hari ini.
Kamal Bahrin berkata tiga loji dijadualkan menjalani pemeriksaaan statutori manakala dua yang lain memerlukan penyenggaraan kecil.
Menurutnya, perbelanjaan modal kebanyakannya dibiayai secara dalaman.
Sementara itu, Pengerusi PetGas Datuk Mohd Anuar Taib berkata syarikat itu mengambil kesempatan daripada peraturan yang dikenakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa yang mengehadkan kandungan sulfur dalam bahan api perkapalan bagi menggalakkan penggunaan gas asli cecair dalam kapal.
"Kami mempunyai stesen mengisi bahan api di Pengerang dan kami berharap ini akan menjana pertumbuhan masa depan bagi Petronas Gas," katanya.
Mengenai pelaksanaan Akses Pihak Ketiga (TPA), Mohd Anuar berkata tidak ada syarikat lain yang menggunakan TPA untuk mengimport LNG kerana harga gas tempatan masih belum mencapai kesetaraan pasaran.
"Harga gas masih belum lagi berada di tahap kesetaraan pasaran dan disebabkan itu, anda tidak melihat orang lain mengimport,” katanya sambil menambah syarikat itu mungkin mula menggunakan TPA untuk mengimport LNG kerana jurang antara harga gas tempatan dan harga pasaran semakin mengecil.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]