Mohamad Nizar Jamaluddin
LUMUT, 30 April (Bernama) -- Syarikat industri perkilangan di Perak digesa menghasilkan produk menggunakan teknologi hijau yang dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ini kerana penggunaan teknologi hijau mampu mengurangkan kemusnahan alam sekitar dan pelepasan gas rumah hijau seterusnya membantu meningkatkan kadar kesihatan serta persekitaran semula jadi.
"Penggunaan teknologi hijau ini bukan hanya memberi rangsangan kepada persekitaran, tetapi dapat membawa penjimatan terhadap produk-produk yang dihasilkan menerusi teknologi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Sesi Taklimat dan Perangkaian Insentif Teknologi Hijau dan Pemudahan’ di Lumut Maritim Terminal Sdn Bhd, di sini, hari ini..
Menurutnya, pihak industri boleh memohon insentif kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sekiranya mahu melaksanakan projek dan perkhidmatan berteknologi hijau.
Mohammad Nizar berkata kerajaan telah menyediakan beberapa insentif bagi menggalakkan pembangunan industri teknologi hijau dalam bentuk Elaun Cukai Pelaburan bagi pembelian aset teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan bagi penyediaan perkhidmatan dalam teknologi hijau.
Beliau berkata selain industri perkilangan, kerajaan negeri turut mengalakkan industri pertanian dan kawasan penempatan supaya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi hijau di kawasan mereka.
"Kita mahu mereka melaksanakan teknologi hijau ini sebagai tenaga alternatif yang dapat memberi banyak kelebihan dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]