Berita

Loji Petronas Chemicals di Pengerang mulakan pengeluaran pada suku-4



KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pembinaan loji petrokimia Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) berjalan lancar dan telah 98 peratus siap.  

Pengerusi PCG Datuk Md Arif Mahmood berkata loji itu dijangka memulakan operasi komersial pada suku keempat 2019.

“Lazimnya, kami tidak meramalkan bila kami akan memulakan pengeluaran komersial penuh bagi loji baharu. 

“Apabila kami memulakan operasi, kami akan melihat pengeluaran kira-kira 50 peratus (berbanding kapasiti) untuk melihat bagaimana prestasi loji itu dan kemudiannya kami akan mula meningkatkannya tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan PCG, di sini, hari ini. 

Md Arif berkata berikutan peningkatan pengeluaran secara beransur-ansur, operasi komersial baharu itu tidak dijangka memberi sumbangan ketara kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan 2019.

Beliau berkata kejadian kebakaran di PIC awal bulan ini hanya menjejaskan unit atmospheric residue desulphurisation, yang merupakan komponen dalam proses penapisan yang mengawal kandungan sulfur dalam  minyak mentah.  

“Ia tidak berkaitan dengan proses petrokimia, yang bermakna pengoperasian masih diteruskan manakala bahagian yang terjejas akan diasingkan,” katanya.

Jumlah kapasiti pengeluaran petrokimia PIC diunjurkan sebanyak 3.3 juta tan metrik setahun.

Md Arif berkata operasi di kemudahan pengeluaran lain di negara ini dijangka kekal pada kadar penggunaan melebihi 85 peratus.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]