Ir Omar Mat Piah
JOHOR BAHRU, 29 April (Bernama) -- Hasil siasatan terperinci mengenai kebakaran di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, lebih dua minggu lalu, dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh sebulan.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Malaysia Ir Omar Mat Piah berkata siasatan dijalankan terhadap insiden kebakaran di kompleks bersepadu itu bagi tujuan memastikan syarikat dan pihak berkaitan mematuhi standard yang ditetapkan.
“Kami telah melakukan siasatan dan sedang mengumpulkan semua bukti untuk membuat satu laporan terperinci siasatan (mengenai kejadian kebakaran) itu.
“Contohnya, paip-paip di tempat kejadian, kita potong, ambil dan hantar ke makmal untuk analisis selanjutnya. Bila kita sudah dapat semua bukti, barulah kita selesai dengan siasatan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat negeri, di sini hari ini.
Beliau menambah lokasi yang terbabit dengan kejadian kebakaran dan letupan di Pengerang itu dihentikan operasinya buat sementara waktu.
“(Operasi) di kawasan itu dihentikan (buat sementara waktu) sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan semula,” kata Omar.
Pada 12 April lepas, satu kejadian kebakaran dan letupan di kompleks berkenaan telah mengejutkan penduduk setempat serta turut mengakibatkan sedikit kerosakan harta benda di beberapa kampung berdekatan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Terdahulu, seramai 200 peserta terdiri daripada majikan dan pekerja dari pelbagai industri menghadiri seminar berkenaan yang antara lain menyentuh mengenai garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]