Berita

Petronas Gas lanjutkan bekalan tenaga kepada PAP untuk 22 tahun lagi



KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) baru-baru ini telah memeterai dua perjanjian pembelian dan penjualan berasingan, dengan Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd (PAP), masing-masing bertempoh selama 22 tahun. 

Perjanjian yang pertama adalah untuk pembekalan stim kepada PAP, ia merupakan perniagaan baharu yang telah diperolehi daripada syarikat milik Jepun, manakala yang kedua membabitkan sambungan bekalan elektrik sedia ada oleh PGB. 

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kamal Bahrin Ahmad berkata lanjutan kontrak tersebut menjadi bukti keyakinan pelanggan kepada PGB dalam membekalkan kuasa daripada loji penjanaan bersama PGB (COGEN) di Gebeng pada kadar tarif yang berdaya saing.

“Ianya juga menjadi harapan PGB untuk menjadi pembekal pilihan yang menyeluruh, seperti yang ditunjukkan oleh hubungan perniagaan jangka panjang dengan PAP serta pelanggan lain yang berpusat di Taman Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAP yang ditubuhkan pada 1997, merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Polyplastics Ltd Company, Jepun, dan terlibat dalam perniagaan kejuruteraan plastik. Ia adalah sebuah syarikat multinasional yang khusus bagi mewujudkan budaya inovasi dan nilai baharu. 

"PAP teruja untuk memasuki perjanjian jangka panjang dengan pemilik infrastruktur PGB, ini menandakan fasa baharu dalam perjalanan kami bagi berkhidmat kepada pelanggan," kata Pengarah Urusan PAP Yoshimitsu Shirai.

Tenaga stim dan elektrik yang dijana oleh loji COGEN PGB berkuasa 350MW, telah menjadi penyumbang utama sejak 1999, dalam menyediakan penyelesaian utiliti secara menyeluruh dan menawarkan tenaga serta tarif stim yang kompetitif kepada pelanggannya. 

Selain daripada Gebeng, PGB juga mengendalikan kemudahan yang serupa di Kerteh bagi melayani permintaan Komples Petrokimia Bersepadu Kerteh.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]