Berita

Harap bina paip bekal air mentah dari Empangan Machap - Maszlee



KLUANG, 25 April (Bernama) -- Bagi mengelakkan masalah bekalan air bersih daripada terus berlarutan kepada penduduk Simpang Renggam, Anggota Parlimennya, Dr Maszlee Malik mengharapkan kerajaan negeri Johor dapat mempertimbangkan untuk menyegerakan pembinaan paip bagi membekalkan air mentah dari Empangan Machap, di sini.

Menurut Maszlee, buat masa ini sumber bekalan untuk kegunaan penduduk Simpang Renggam dari Sungai Ulu Benut telah tercemar dan telah menjejaskan bekalan air bersih kepada mereka.

Katanya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) juga disarankan untuk melihat kepada keperluan bagi memperbaiki kualiti air di Sungai Ulu Benut ini.

“Kerjasama dan tindakan tegas serta serius semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan perkara ini adalah amat dihargai dan diharapkan satu penyelesaian konkrit dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat kerana pihak kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan warga Simpang Renggam.

“Sehingga kini, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam masih lagi tergendala selepas berlaku pencemaran ammonia di peringkat sumber air mentah di Sungai Ulu Benut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maszlee, yang juga Menteri Pendidikan, berkata masalah utama ini adalah berpunca akibat lokasi tapak perlupusan sampah Ladang CEP1 yang terletak di kawasan tidak strategik dan mendedahkan penduduk kepada risiko tidak diingin.

Menurutnya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran terkini yang mampu berusaha untuk menutup tapak pelupusan sampah Ladang CEP1 baru-baru ini.

Namun, katanya, semasa kerja-kerja pemulihan itu dijalankan, berlaku hujan yang lebat di tapak pelupusan sampah berkenaan yang akan menyebabkan ban tanah yang menampung kolam leachate cell 2 pecah dan melimpah ke Sungai Benut.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]