KLUANG, 25 April (Bernama) -- Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap, Arah Utara di Lebuhraya Utara Selatan menjadi R&R pertama di negara ini yang menggunakan teknologi tenaga alternatif, iaitu tenaga solar fotovolta bagi membekal tenaga.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melabur kira-kira RM700,000 untuk membangunkan teknologi berkenaan yang merupakan satu lagi pendekatan dan inovasi konsesi lebuh raya itu memperluaskan teknologi hijau.
Beliau berkata Pelan Halatuju Hijau PLUS (Green Roadmap) yang digunakan untuk teknologi itu juga menyokong saranan kerajaan untuk melindungi dan memulihara alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
“Teknologi solar fotovolta yang direka ini mempunyai kapasiti sebanyak 182 kilowattpeak (kWp) dan mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan telah berjaya membantu PLUS menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 51 peratus, pada waktu siang.
“Jika sebelum ini pembayaran untuk penggunaan tenaga elektrik di R&R Machap ini mencecah RM45,000 sebulan, tetapi kini dapat dijimatkan sebanyak RM13,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Sistem Solar Fotovolta Pertama di R&R di Malaysia di R&R Machap, Arah Utara, yang turut dihadiri Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.
Menurut Baru, teknologi solar tersebut turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 77 metrik ton sejak ia diperkenalkan, sekali gus membantu mengurangkan tahap penipisan lapisan ozon.
Katanya, panel-panel sistem berkenaan dipasang di bahagian bumbung kawasan R&R Machap, seperti di medan selera, ruang pejalan kaki dan juga kawasan parkir bas.
“Setelah melibatkan banyak perkembangan positif apabila pemasangan sistem ini, pihak PLUS bercadang untuk memperluaskan penggunaan teknologi solar berkenaan di 10 kawasan R&R miliknya dalam masa lima tahun.
“Antara cadangan pemasangan teknologi yang sama adalah di R&R Ayer Keroh (Arah Utara), Gurun (Arah Utara dan Selatan), Tapah (Utara dan Selatan), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Dengkil (Utara dan Selatan) serta dua Restoran Jejantas di Ayer Keroh serta Sungai Buloh,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]