SANDAKAN, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukkan RM10,000 bagi memastikan sistem pendawaian sebuah pusat tahfiz di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila di sini selamat.
Pengarah Kawasan ST Pantai Timur Sabah Ir Amir Faisal Khamshah berkata kos itu meliputi kerja pendawaian, pengujian dan pemasangan kelengkapan elektrik di Maahad Al-Itqon Wa’alquran, sebuah pusat tahfiz yang sedang dalam pembinaan.
“Sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat, ST melancarkan siri Program ‘Touchpoint’ bagi membantu masyarakat setempat memastikan pendawaian elektrik di kediaman mereka selamat.
“Bagi program Touchpoint di Maahad Al-Itqon Wa’alquran, ST akan menyelia proses pendawaian elektrik pusat tahfiz ini,” katanya pada program itu di sini hari ini.
Menurut Amir Faisal, berdasarkan analisa ST pada tahun lepas, 41 peratus kemalangan elektrik yang dilaporkan berpunca daripada pemasangan atau senggaraan pendawaian elektrik yang tidak sempurna.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]