Berita

Johor Port, Petronas LNG sediakan khidmat marin untuk kapal



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Johor Port Bhd, yang merupakan anggota Kumpulan MMC, telah memeterai perjanjian dengan subsidiari Petroliam Nasional Bhd iaitu Petronas LNG Ltd (PLL), bagi menyediakan perkhidmatan marin termasuk menawarkan tarif yang menarik kepada kapal-kapal yang menerima  perkhidmatan ‘Gassing Up and Colling Down’ (GUCD) di Terminal Regasifikasi PLL Pengerang.

Johor Port dalam satu kenyataan berkata GUCD merupakan satu perkhidmatan khusus bagi membawa tangki simpanan di atas kapal gas asli cecair (LNG) kepada sersekitaran semula jadi untuk penyejukan ke tahap suhu kriogenik (minus 160 darjah Celcius).

"Proses GUCD merupakan satu keperluan bagi kapal LNG untuk memastikan pemunggahan kargo LNG yang selamat,” katanya.

Usaha sama antara Johor Port  dan Petronas LNG diharap akan menggalakkan lebih banyak operator serta pemilik kapal menggunakan perkhidmatan di terminal Pengerang, dengan mengambil kesempatan di atas kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan limbungan kapal di Malaysia serta Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Shahrull Allam Shah Abdul Halim berkata, syarikat tersebut mempunyai memalim yang terlatih dan berpengalaman bagi mengendalikan semua jenis kapal dan disokong oleh bot-bot tunda, bot tambatan, kumpulan-kumpuan penambat yang setara dengan mana-mana pelabuhan yang maju di rantau ini.

Johor Port sekarang ini, mengoperasikan dan menguruskan Terminal Produk Pepejal Petronas (SPT) di Pengerang yang merangkumi penyediaan tenaga kerja, peralatan dan sistem operasi.

Konsesi operasi SPT selama 25 tahun yang telah diberikan kepada Johor Port mencerminkan keyakinan serta pengiktirafan gergasi minyak dan gas itu kepada keupayaan serta komitmen pelabuhan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Singapura Berminat Kukuhkan Kerjasama Dengan Sarawak Berkaitan Tenaga Boleh Diperbaharui

KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Singapura berminat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana lokasinya yang strategik dan sumber asli yang luas, kata Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng.


Terengganu Inc, TNB Genco Bangunkan Ladang Solar Terapung Jana 2,000MW Tenaga Elektrik

KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dengan kerjasama TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) mewujudkan ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang dijangka menjana sehingga 2,000 megawatt (MW) tenaga elektrik.


PETRA, Johor Kerjasama Pastikan Bekalan Air Dan Tenaga Cukup Bagi Pelabur

KLUANG, 8 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]