Berita

Mesin angkut arang batu Tanjung Bin terbakar 



JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Mesin pengangkut arang batu sepanjang 200 meter di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Serkat, Pontian, terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Kanan Bomba I Raja Saiful Iswandy Raja Hassan berkata seramai 24 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba Pontian dan Pekan Nenas dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.26 pagi.

Bagaimanapun, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) Malakoff dan Pertrokimia dari Tanjung Bin Powerplant telahpun bertindak awal mengawal kebakaran. 

“Kebakaran sudah terkawal memandangkan ERT bertindak dengan pantas sebelum menunggu pihak bomba sampai 20 minit kemudian.

“Kebakaran hanya melibatkan pengangkut arang batu yang digunakan untuk janakuasa dan tidak melibatkan mana-mana bangunan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada jam 10.40 pagi dan setakat ini punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]