KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kebakaran di Loji Jana Kuasa Tanjung Bin (TBE) di Pontian, Johor yang berlaku pada 6 pagi, 22 April lepas, adalah satu insiden terpencil yang hanya melibatkan talian penghantar yang mengangkut arang batu ke loji kuasa tersebut dan tidak menjejaskan loji berkuasa 1,000MW itu, demikian menurut Malakoff Bhd.
"Pihak bomba berjaya mengawal api dalam tempoh satu jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keadaan adalah terkawal, semua pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan dan siasatan masih berterusan, katanya.
"Insiden tersebut dijangka tidak akan menjejaskan operasi TBE memandangkan sekarang ini, ia sedang menjalani gangguan berjadual mulai 30 Mac hingga 9 Jun depan. 2019. Kebakaran itu juga tidak menjejaskan loji jana kuasa 2,1000MW yang terletak bersebelahan,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]