Berita

PDB naik taraf lebih 1,000 stesen minyak dengan prasarana generasi baharu



KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) menaik taraf lebih 1,000 stesen minyak Petronas di seluruh negara dengan prasarana rangkaian generasi seterusnya. 

Kerja menaik taraf itu akan dijalankan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi cabang penyelesaian perniagaan sektor awam dan enterprisnya, TM ONE. 

"Penaikan taraf di seluruh negara itu perlu kerana teknologi baharu akan menyediakan kapasiti dan sokongan kepada PDB untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi berasaskan digital kepada pelanggan kami, seperti aplikasi Setel,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Syarikat itu berkata aplikasi mudah alih Setel merupakan aplikasi e-pembayaran pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang membolehkan pengguna membeli bahan api secara terus daripada kenderaan mereka. 

Susulan penaikan taraf rangkaian itu, rangkaian stesen PDB akan dapat menerima lebih banyak fungsi berasaskan digital yang akan mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan stesen.

Penambahan lain yang boleh dilaksanakan termasuklah kiosk layan diri, gamifikasi, sistem pembayaran yang dipertingkatkan, perkhidmatan mudah alih bersepadu dan penawaran peribadi unik. 

Mengulas mengenai kerjasama itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata: "Sebagai pemboleh aspirasi Negara Digital Malaysia, TM menerusi TM ONE komited memainkan peranan strategik kami dalam membangunkan lebih banyak perniagaan dan kerajaan digital menerusi Penyelesaian dan Kesambungan Digital.”  

Kerjasama itu adalah susulan permeteraian memorandum persefahaman antara Petroliam Nasional Bhd dan TM pada April 2018,  di mana kedua-dua syarikat komited untuk meningkatkan kecemerlangan operasi masing-masing serta keselesaan pelanggan, memanfaatkan kekuatan masing-masing dan nilai bersama.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]