KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Duta China ke Malaysia Bai Tian pada Khamis membayangkan kemungkinan meningkatkan pembelian minyak sawit dan produk berkaitan dari Malaysia tidak lama lagi.
Duta itu berkata China, pengimport terbesar minyak sawit dan produk berkaitan dari Malaysia, amat berminat untuk meningkatkan jumlah perdagangan produk itu dengan negara ini.
“Diharapkan tahun ini akan menyaksikan pembekal China akan membeli lebih banyak minyak sawit dan produk berkaitan dari Malaysia.
“Tolong doakan agar akan ada berita gembira tidak lama lagi,” kata beliau dalam pertemuan meja bulat dengan media Malaysia yang berlangsung di Kedutaan China di sini pada Khamis.
Berita baik itu mungkin tiba seawal akhir bulan ini apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke China bagi menghadiri Forum ke-2 Belt and Road untuk Kerjasama Antarabangsa.
Beliau dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) di luar forum itu, termasuk yang membabitkan minyak sawit.
Bai Tian mengulangi bahawa China tidak pernah mengenakan had siling terhadap pembelian minyak sawit dan produk berkaitan Malaysia.
“Kami telah menggalakkan pembeli China agar membeli lebih banyak minyak sawit dan produk berkaitan Malaysia.
"Kami berpendapat minyak sawit Malaysia amat kompetitif dan berkualiti tinggi. Terdapat permintaan yang tinggi untuk minyak sawit dan produk berkaitan di China,” katanya.
China juga amat berminat dalam kerjasama hulu dan hiliran komoditi itu, katanya.
Eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat 9.3 peratus kepada 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018 berbanding 1.65 juta tan yang dieksport dalam tempoh sama pada 2017.
Pada 2017, Malaysia mengeksport sejumlah 2.87 juta tan minyak sawit dan derivatif minyak sawit bernilai RM9.42 bilion ke China.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]