Berita

Handal akan beli 51 peratus kepentingan dalam BSOE berharga RM25.5 juta



KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Handal Resources Bhd merancang untuk membeli 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Borneo Seaoffshore Engineering Sdn Bhd (BSOE) pada harga  RM25.5 juta.

"Jika urusan itu menjadi, ia akan membawa jaminan keuntungan sebanyak RM5 juta daripada BSOE bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020 yang akan menjadi pendapatan serta-merta yang diiktiraf oleh Handal," kata Handal dalam satu kenyataan. 

Naib Pengerusi Eksekutif Mallek Rizal Mohsin berkata cadangan pengambilalihan itu akan memberi suntikan tempahan dalam tangan sebanyak RM215.4 juta, ini akan meningkatkan saiz tempahan dalam tangan Handal sebanyak 3.9 kali daripada tempahan dalam tangan semasa berjumlah RM54.9 juta.

"Tempahan dalam tangan BSOE menyediakan keterlihatan pendapatan selama tiga tahun akan datang, merangkumi kontrak perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian melalui usaha sama yang tidak diperbadankan dengan Sapura Fabrication Sdn. Bhd untuk menyelenggara 49 platform di luar pesisir Sarawak dengan satu nilai anggaran kontrak sebanyak RM800 juta," katanya.

Handal telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat dengan SeaOffshore Capital Sdn Bhd, dengan pihak-pihak terbabit bersetuju bahawa pertimbangan pembelian akan dipenuhi dalam dua segmen, iaitu sejumlah RM15.86 juta akan dijelaskan melalui penerbitan dan peruntukan sebanyak 42.86 juta saham-saham baharu Handal kepada vendor pada harga terbitan sebanyak 37 sen sesaham. 

Baki sebanyak RM9.64 juta pula akan dilangsaikan melalui penerbitan dan peruntukan 26.0 juta saham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus (ICPS) baharu dalam Handal kepada vendor, pada harga terbitan sebanyak 37 sen untuk setiap ICPS, kata syarikat itu.

Cadangan pengambilalihan tersebut akan menyediakan Handal dengan peruntukan perkhidmatan penyelenggaraan pengasingan pemancur serta rangkaian paip yang terletak di pelantar luar pesisir pantai.

Selepas penyempurnaan cadangan pengambilalihan dan penukaran penuh ICPS itu, penggearan Handal akan lebih positif sebanyak 0.23 kali dan ini akan memberikan ruang untuk mendapatkan lebih banyak kontrak dalam jangka masa terdekat.

-- BERNAMA

 

 

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]