Berita

PUCM memeterai perjanjian kerjasama dengan Persatuan Tenaga China

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), Shandong Province Electric Power Enterprise Association dan Guangdong Energy Association telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dalam sektor tenaga.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden PUCM Datuk Keith Li berkata menerusi perjanjian yang termeterai pada 13 April 2019, persatuan itu akan terus memainkan peranan malahan lebih aktif sebagai penghubung antara syarikat China dan Malaysia bagi mewujudkan kerjasama sama-sama menang dan mempercepatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

PUCM ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini mempunyai 116 ahli yang terlibat dalam teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak dan gas, telekomunikasi, tenaga, peruncitan, pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media, pelancongan dan industri lain.

The Shandong Province Electric Power Enterprise Association ditubuhkan pada tahun 2008 dengan lebih daripada 800 ahli.

Persatuan tenaga itu mempunyai 11 jawatankuasa profesional, termasuk penjanaan tenaga, tenaga baharu, jualan elektrik, kejuruteraan tenaga, peralatan tenaga, reka bentuk tenaga, keselamatan tenaga, pendidikan dan latihan, keselamatan rangkaian dan teknologi maklumat, pengurusan kualiti dan kewangan.

Ditubuhkan pada 2007, Guangdong Energy Association mempunyai lebih daripada 600 ahli, terlibat dalam kejuruteraan tenaga, tenaga baharu hijau, reka bentuk tenaga, pengawasan tenaga, pembuatan peralatan tenaga, maklumat tenaga, projek-projek elektro mekanikal, projek-projek kuasa elektrik pintar dan projek tenaga sosial baharu.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]