KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memulakan penerokaan antarabangsa dalam tenaga boleh diperbaharui apabila mengambilalih Amplus Energy Solutions, yang juga dikenali sebagai M .
Syarikat minyak dan gas (O&G) itu hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian dengan Squared Capital, pelabur infrastruktur global yang terkemuka, untuk mengambilalih 100 peratus kepentingan dalam M .
Petronas dalam satu kenyataan berkata pengambilalihan M , sebuah syarikat Singapura dengan portfolio aset-aset yang boleh diperbaharu di Asia, dijangka selesai pada bulan ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pengambilalihan itu mencerminkan matlamat strategik Petronas bagi berkembang dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharu sebagai sebahagian daripada strategi untuk keluar daripada O&G ke dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui.
Ini juga melambangkan usaha solar antarabangsa pertama kami dan kami berharap dapat menyediakan penyelesaian tenaga kepada pelanggan kami dalam pasaran tenaga yang merekodkan pertumbuhan yang tinggi ini," katanya.
Mengulas mengenai urus niaga itu, rakan kongsi pengasas I Squared Capital, Gautam Bhandari berkata M telah berkembang lebih daripada 400 peratus setahun untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang memberi perkhidmatan kepada korporat-korporat Asia bagi mengurangkan perlepasan gas rumah hijau mereka dan memerangi perubahan iklim.
“Kami percaya bahawa M akan terus memainkan peranan sebagai peneraju dalam membina masa depan yang lebih mesra alam, terima kasih kepada pasukan pengurusan cemerlang, dan berharap mereka dan Petronas meraih pencapaian yang terbaik dalam usaha mereka pada masa depan," katanya.
Ditubuhkan pada 2013, M agak terkenal di kalangan pelanggan komersial dan perindustrian, dengan pengkhususan dalam penyelesaian secara menyeluruh bagi projek-projek tenaga solar yang dipasang di permukaan tanah serta yang di bumbung.
Dengan kapasiti terkumpul sebanyak lebih daripada 500 megawatt di bawah pembangunan dan operasi, M memberikan khidmat kepada lebih daripada 150 pelanggan komersial dan perindustrian di lebih 200 lokasi merentasi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Petronas juga sedang melaksanakan beberapa inisiatif tenaga bersih di Malaysia.
Baru-baru ini, ia mengumumkan satu usaha sama dengan UiTM Holdings Sdn Bhd, cabang pelaburan Universiti Teknologi Mara, untuk bersama-sama membangunkan loji fotovoltaik solar serta pengoptimuman tenaga di kampus dan projek-projek solar di atas bumbung.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]