KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Tenaga boleh baharu dijangka memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia untuk beralih daripada bahan api fosil, serta menerima komitmen global mengenai perubahan iklim dan kelestarian, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Dalam buletin dalam talian bagi terbitan Mac 2019, MIDA berkata pada 2018 sahaja, agensi itu telah menjalankan lebih 50 program di peringkat tempatan dan luar negara.
“Kami akan terus memainkan peranan kami untuk menggalakkan dan memudahkan lagi pelaburan dalam perkhidmatan teknologi hijau,” katanya.
Menurut buletin dalam talian itu, Malaysia telah melalui peningkatan yang berterusan bagi dasar berkaitan tenaga solar, mengambil langkah penting dalam menggabungkan pendekatan yang lebih proaktif untuk menggalakkan penyertaan agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam sektor tenaga solar.
Katanya antara inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam mengubah industri bekalan tenaga ke arah menggabungkan lebih banyak campuran tenaga boleh baharu termasuk pelaksanaan projek Solar Skala Besar, Perjanjian Pembekalan untuk Tenaga Boleh Baharu dan skim Pemeteran Tenaga Bersih.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 pada hujung bulan ini untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
CYBERJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Kajian rintis di Loji Rawatan Kumbahan Cyberjaya mendapati setiap 15 liter kumbahan mentah mampu menghasilkan 15 peratus gas butanol dan 1.5 peratus etanol.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab pembuatan sel bahan api hidrogen untuk aplikasi dalam mobiliti hidrogen dan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), kata Persatuan Tenaga Hidrogen Malaysia (MAHE).
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]